Surah An Nahl: ayat 69
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Khasiat Madu
Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.
Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.
Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria.
Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide. Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya, iaitu, staphylococcus aureus.
Fungsi Madu Dan Peranannya.
- Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
- Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
- Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
- Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
- Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
- Sumber laxative yang natural dan lembut
- Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
- Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan
- Memulihkan batuk dan lelah.
- Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
- menguatkan minda
Info tambahan - Tips cantik & sihat
Mengatasi masalah batuk
Campurkan perahan limau nipis ke dalam madu. Minum campuran tersebut dua kali sehari.
Untuk kesihatan menyeluruh
Campurkan satu sudu madu ke dalam bancuhan susu seperti anlene, etc.
Melembapkan bibir
Sapukan sedikit madu pada bibir sebelum tidur waktu malam.
Masker rambut
Campurkan dua sudu minyak zaitun, dua sudu perahan lemon dan satu sudu madu sehingga rata. Sapukan dari akar hingga hujung rambut selama 1 jam setengah. Kemudian, syampoo. Lakukan dua kali seminggu.
Skrub coklat madu
Campurkan 10g serbuk koko tulen, 5g gula, 2 sudu besar minyak badam dan 1 susu madu sehingga rata. Sapu dan lakukan urutan ringan pada muka selama 2 minit. Kemudian, bilaskan dengan air suam. Lakukan 2 kali seminggu.
Petua
Gunakan sudu PLASTIK ketika minum dan membuat campuran madu untuk mengekalkan khasiat madu itu sendiri.
Jadi
dapatkanlah Madu Al Shifa sekarang!
RM 25.00 (250g) (exclude postage)
Jika berminat sila hubungi Noor di 017-2387594. Penghantaran boleh dilakukan di sekitar Shah Alam dan kawasan berdekatan denganya. Jika diluar kawasan, kami boleh pos dan kos penghantaran akan dicaj kepada pembeli.
** Harga boleh runding jika beli lebih dari sekarton/sekotak/sebotol.
0 ulasan:
Post a Comment